fbpx

Lelaki ditembak ketika tunggu anak sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota paramedik memeriksa keadaan mangsa di lokasi kejadian sebelum dibawa ke hospital.

SIBU – Seorang lelaki cedera selepas ditembak individu yang tidak dikenali sewaktu menunggu untuk menjemput anaknya pulang dari sekolah di Jalan Tekam, di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an terkena tembakan di belakang badan.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan duduk di kerusi pemandu dan seorang lelaki bersenjata tiba-tiba muncul dari tepi sebelum melepaskan tembakan dan melarikan diri.

Selepas suspek melarikan diri, mangsa membuka pintu kereta untuk meminta bantuan sebelum rebah di tepi jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata mangsa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan dan setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI