fbpx

‘Jangan pula tidak mengaku itu lembu kau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik di Facebook.

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlanggar seekor lembu di kawasan jirat Cina di Sapintas, Sabak Bernam semalam.

Menerusi hantaran oleh Rieza Sate di laman Facebook, Mohammad Zaidi Mohammad Salihan, 31, disahkan meninggal dunia selepas motosikalnya terlanggar haiwan yang berkeliaran di lokasi tersebut pada waktu petang.

Di ruangan komen, penduduk mendakwa mereka sudah lama membuat aduan mengenai haiwan berkeliaran di lokasi tersebut, namun masalah tersebut masih belum diselesaikan.

“Kepada pemilik lembu, jangan tidak mengaku lembu kau,” kata inidvidu yang memuat naik hantaran tersebut.

Perkongsian itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna media sosial dengan rata-rata mereka mengutuk sikap tidak bertanggungjawab pemilik haiwan berkenaan.

“Tak fasal orang lain jadi mangsa. Harap pihak berwajib ambil tindakan segera,” kata Diyya Ayda.

“Kes lembu (berkeliaran) ini belum selesai selagi tak ada yang bawa lori. Saya memang takut hendak lalu jalan situ. Lembu terlampau banyak,” kata Misliyanti Sabirin pula.

“Banyak aduan tapi keadaan masih sama. Malam berhati-hatilah,” nasihat Jamel Norly. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI