fbpx

Graduan cemas jubah tersangkut di kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dimuat naik di TikTok.

PETALING JAYA – Seorang graduan politeknik mengalami detik mendebarkan apabila jubah konvo tersangkut di kerusi ketika dipanggil untuk beratur di tepi pentas bagi menerima skrol.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, graduan itu kelihatan sedang duduk di atas sebuah kerusi dan beberapa orang kawan-kawannya sedang bertungkus-lumus untuk melepaskan jubah sahabat mereka.

Graduan lain kelihatan bangun dari kerusi masing-masing dan bergerak ke hadapan pentas untuk beratur menunggu giliran, sekaligus menambah rasa panik kepada graduan itu dan rakan-rakannya.

Gelagat ini telah menghiburkan hati pengguna media sosial yang rata-rata meninggalkan komen mengusik di ruangan komentar.

“Ini mesti guna ChatGPT ni, bang. Itu yang tak bagi konvo,” tulis SeliparGetah.

“Inilah masanya untuk tunjuk kerjasama berkumpulan. Angkat sekali kerusi tu. Terbaik lah korang ni,” komen BukanBidadari.

“Kawan yang sejati je akan tunggu waktu-waktu begini,” ujar DaaMoon. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI