fbpx

Gigi Ameera Khan kini ‘perfect ten’ atas saranan ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ameera Khan.

KALAU melihat penampilan pempengaruh sensasi, Ameera Khan dari hujung rambut ke hujung kaki memang tiada cacat cela.

Cuma, seorang ibu tetap mahukan yang terbaik buat si anak. Sebab itulah, atas saranan netizen juga, Datin Noor Kartini Noor Mohammed ada mendorong Ameera mencantikkan gigi

Ameera dikatakan menjalani kaedah ‘invisalign’ atau mengatur semula kedudukan gigi yang tidak rata yang kini sudah memasuki peringkat ketiga.

Kata Noor Kartini, dia mahu melihat anaknya itu tampil sempurna biarpun keadaan gigi gadisnya itu nampak baik-baik sahaja.

Nampaknya makin bergandalah kejelitaan adik usahawan sensasi itu selepas proses ‘invisalign’ disempurnakan.

MIZZ LAHAR: Bukan sahaja hidung, ada seorang artis perempuan turut naikkan tulang rahang?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI