fbpx

Bosan fikir gaji, bermain demi masa depan karier sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain KDA tetap menjalani sesi latihan biarpun gaji mereka masih tertunggak demi masa depan karier mereka sendiri. - FB KDA FC

KAPTEN Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde mengakui barisan pemain memutuskan untuk memberi sepenuh jiwa dalam sesi latihan tanpa mengharapkan apa-apa ‘imbuhan’ daripada pihak pengurusan selepas ini.

Menurut Norde, tindakan itu bukan bermakna kalangan pemain sudah putus harapan kepada pihak pengurusan sebaliknya tindakan mereka berbuat demikian adalah demi masa depan sendiri.

Norde berkata, rakan-rakan sepasukan tidak menyalahkan pengurusan kerana sedar mereka sudah berusaha keras bagi mencari wang untuk membayar gaji, namun hingga kini, tiada penajaan ‘masuk’ untuk memenuhi keperluan itu.

“Semua orang tahu situasi di sini dengan para pemain sebelum ini memutuskan untuk memboikot latihan bagi meletakkan sedikit tekanan kepada pihak pengurusan untuk membayar gaji.

“Jadi, setelah berbincang, para pemain memutuskan untuk terus bermain demi masa depan kami sendiri. Kami setuju untuk beri seratus peratus dalam latihan dan perlawanan tanpa mengharapkan apa-apa dari pihak pengurusan.

“Kalau kami bermain baik, kami mungkin akan dapat sesuatu yang lebih baik untuk musim depan. Justeru, kini kami sedang bermain untuk diri sendiri, bukan untuk pengurusan,” kata pemain kelahiran Haiti berusia 35 tahun itu.

Skuad Sang Kenari dijadualkan bertemu dengan PDRM FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam esok.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI