fbpx

Air zamzam bernilai RM146,237 dirampas di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian air zamzam yang dirampas dalam serbuan di Kota Bharu itu.

KOTA BHARU – Sebanyak 6,719 liter air zamzam bernilai lebih RM146,237 termasuk cukai yang diragui kesahihannya dirampas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) semasa menjalankan serbuan di sebuah stor dan dua buah premis di sini pada minggu lalu.

Serbuan dijalankan oleh Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang, JKDM Kelantan kira-kira pukul 2.45 petang pada 14 Oktober lalu sekali gus berjaya mematahkan cubaan membawa masuk air zamzam tanpa dokumen dan permit berkaitan.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, pasukan operasi sebelum itu mengesan sebuah premis yang dijadikan stor penyimpanan air zamzam sebelum diedarkan bagi pasaran tempatan.

Menurutnya, selain itu, dua buah premis perniagaan juga didapati menjalankan kegiatan sama di sekitar bandar Kota Bharu.

“Siasatan mendapati, kesahihan kesemua 6,719 liter air zam-zam yang berada di ketiga-tiga premis itu diragui kerana minuman tersebut tidak dibenarkan untuk diimport secara komersial dari Tanah Suci Mekah.

“Dua lelaki ditahan untuk membantu siasatan kerana gagal mengemukakan dokumen pengimportan dan permit berkaitan dengan air zamzam itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, premis-premis yang terlibat juga didapati membuat pengikraran palsu semasa proses pengimportan untuk mengaburi pihak berkuasa.

Menurutnya, air zamzam merupakan barang larangan kerana pengimportannya dibenarkan dengan syarat mempunyai lesen import selaras dengan Butiran 35, Bahagian I, Jadual III, Perintah Larangan (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Semua hal-ehwal mengimport air zamzam perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Keseluruhan rampasan air dengan nilai lebih RM146,237 termasuk cukai dan disyaki tidak berkastam itu akan diedar di pasaran tempatan,” ujarnya.

Tambah Wan Jamal Abdul Salam, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana terlibat dalam kegiatan menyeludup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI