fbpx

‘YB tular’ umum sertai Bersatu, bertanding pemilihan bahagian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORHIZAM.

MELAKA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee mengesahkan telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan akan bertanding dalam pemilihan bahagian di negeri ini.

Beliau ketika ditemui pemberita malam tadi bagaimanapun enggan mendedahkan jawatan serta bahagian yang ditandingi, sebaliknya memberitahu perkara itu akan diumumkan selepas selesai proses pemilihan pada 2 November ini.

“Sekarang ini, siapa yang boleh bela nasib orang Melayu, bangsa Melayu parti mana? Parti itu lah kita pergi, semangat Melayu tentu ada sebab itu (saya) keluar DAP dan bila sudah bebas baru kita masuk parti. Jangan orang kata lompat, tiada istilah lompat.

“Bila jadi ahli (Bersatu)? Itu sorok-sorok, tak boleh beritahu. Tunggulah 2 November ini, insya-Allah (akan umum),” katanya ketika ditemui di Baitul Tariq, Klebang di sini.

Bagaimanapun, menurut sumber bekas Timbalan Pengerusi DAP itu dikatakan akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Bersatu Bahagian Hang Tuah Jaya.

Terdahulu, Norhizam yang pernah bersama beberapa parti sejak 2006 termasuk Barisan Nasional (UMNO) dan Pakatan Harapan (DAP) menyepikan diri selama tiga tahun selepas gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November 2021 atas tiket Bebas.

Dia bagaimanapun dilihat membuat kemunculan semula di pentas Perikatan Nasional (PN) di Kampung Bertam Ulu pada 1 September lalu bersama bekas Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI