fbpx

[VIDEO] Pecah cermin kereta selepas nak kena tarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular terbabit yang menerima lebih satu juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam di media sosial.

PETALING JAYA – Tular di media sosial memaparkan seorang wanita bertindak memecahkan cermin keretanya sebelum ditarik ‘towing’ (kenderaan penunda) gara-gara didakwa ada tunggakan pinjaman bank.

Menerusi perkongsian video di Facebook, Malaysia Automotive Shitposting 2.0, seorang pengguna yang tidak mendedahkan identitinya mendakwa, pemilik kenderaan terbabit sudah lapan bulan tidak membayar hutang pinjaman.

Dalam video tersebut, dapat dilihat wanita terbabit serta beberapa individu lain bertindak merosakkan dan memecahkan cermin kereta berkenaan dengan menggunakan batu serta besi di hadapan pekerja tunda sebagai tanda protes.

“Untuk makluman, kereta dah kena ‘cangkuk’ luar pagar, pemilik pergi hidupkan enjin kereta turun dari ‘towing’ (tunda) masuk rumah dia. Sebab itu ‘bumper’ pun pecah.

“Blacklist (menyenaraihitamkan) lah nama kau sampai tua, used car (kedai kereta terpakai) pun tak nak beli kalau kena lelong. Dengar cerita lapan bulan ada tunggakan, towing pula kemek kena langgar,” dakwa pengguna Facebook tersebut.

Sementara itu, seorang wanita yang berada dalam video tersebut memaklumkan, pihaknya mempunyai kuasa untuk merosakkan kenderaan terbabit sebelum ditarik pihak penunda.

Kata wanita itu, ini kerana segala kos ubah suai kenderaan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pemilik.

“Ini hasil duit owner (pemilik). Jadi, tiada masalah kami rosakkan,” katanya.

Bagaimanapun, pihak Kosmo! sedang mendapatkan pengesahan berhubung kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI