fbpx

[VIDEO] Penentuan T15 bukan hanya berdasarkan pendapatan kasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi Ramli.

PETALING JAYA – Kaedah pelaksanaan penyasaran semula seperti dicadangkan khusus untuk golongan 15 peratus yang tidak layak menerima subsidi bahan api RON95 atau T15 sudah dibentang dan dibincangkan di pelbagai peringkat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kaedah yang dimuktamadkan itu akan diangkat untuk persetujuan Jemaah Menteri sebelum pelaksanaannya.

Jelasnya, penentuan 15 peratus golongan yang tidak layak itu juga akan merujuk kepada taburan yang lebih adil, bukannya berdasarkan pendapatan kasar semata-mata.

“B40, M40, T20 atau T15 hanyalah garis statistik yang bergantung kepada set data. Kalau set data itu merujuk kepada taburan pendapatan isi rumah seluruh Malaysia, maka T15 merujuk kepada isi rumah yang taburan pendapatannya adalah 15 peratus paling tinggi.

“Tetapi kita sedia maklum bahawa kos sara hidup ini tidak boleh diukur berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Banyak faktor lain termasuklah saiz isi rumah, lokasi, tanggungan dan sebagainya,” katanya dalam hantaran di aplikasi X, semalam.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan bersedia untuk berdepan dengan reaksi orang ramai berhubung penarikan semula subsidi petrol mulai pertengahan 2025.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan sistem dua harga supaya 15 peratus golongan maha kaya (T15) dapat membayar kadar pasaran untuk petrol RON95, manakala yang lain mengikuti harga subsidi semasa.

Tambahnya, kerajaan juga telah menyatakan rancangan pendapatan dan perbelanjaan yang melibatkan dasar serta projek pada anggaran awal bagi mendapat kelulusan Dewan Rakyat.

“Selepas diluluskan, kerajaan kemudian menggunakan kelulusan tersebut bagi memperincikan projek untuk dilaksanakan termasuklah membuka tender, melantik kontraktor dan sebagainya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI