fbpx

Tokoh intelek Islam, Syed Muhammad Naquib dikurnia gelaran profesor diraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim (kiri) hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan profesor diraja kepada Syed Muhammad Naquib di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan profesor diraja kepada tokoh intelek Islam Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Istana Negara di sini, hari ini.

Syed Muhammad Naquib, 93, menerima pengiktirafan gelaran tertinggi dalam kalangan profesor itu berikutan jasa serta sumbangan beliau terhadap negara terutama dalam bidang pendidikan Islam.

Hadir sama menyaksikan majlis watikah pelantikan itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

“Pelantikan Profesor Diraja kepada Tan Sri Prof Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

“Profesor Diraja, Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas merupakan Pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) dan juga seorang tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari yang amat disegani serta dihormati di dalam dan luar negara,” kata hantaran yang dimuat naik di media sosial rasmi Sultan Ibrahim.

Dalam hantaran sama, dimaklumkan bahawa Syed Muhammad Naquib merupakan individu penting yang membentangkan konseptualisasi universiti Islam pada Persidangan Pertama Pendidikan Muslim Sedunia di Universiti King Abdul Aziz, Mekah pada tahun 1977.

“Usaha beliau itu yang telah membawa kepada penubuhan beberapa universiti Islam di seluruh dunia termasuklah di Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI