fbpx

Terima kasih kembalikan senyuman saya – Fizi Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fizi mendedahkan kehadiran isterinya, Siti Zulaikha mengembalikan semula senyuman di bibirnya yang lama hilang.

PETALING JAYA – Selepas setahun mendirikan rumah tangga, penyampai radio Fizi Ali mendedahkan kehadiran isterinya, Siti Zulaikha mengembalikan semula senyuman di bibirnya yang lama hilang.

Fizi atau nama lengkapnya Mohd. Hafizudin Alimudin, 35, berkata, Zulaikha sendiri pernah berjanji ingin membahagiakannya ketika awal perkenalan mereka dahulu.

“Alhamdulillah, setahun usia perkahwinan kita dan saya sentiasa doakan jodoh kita sampai ke akhir usia.

“Ingat lagi awal-awal dulu awak janji awak akan dapatkan balik senyuman lama saya dan betul senyuman tersebut sudah kembali,” katanya dalam Instagram.

Dalam masa sama, Fizi berharap dapat meneruskan aktiviti memperbaharui janji setiap tahun bagi menguatkan lagi rasa cinta terhadap wanita yang disayanginya itu.

“Pejam celik pejam celik sampai dah masa kita untuk perbaharui balik janji-janji kita.

“Setahun sekali kena ada momen berjanji kembali untuk kuatkan balik rasa sayang dan cinta.

“Terima kasih sayang, semoga hubungan kita diberkati Allah. Selamat ulang tahun perkahwinan, saya sayang awak,” ujarnya.

Dalam perkongsian tersebut, Fizi memuat naik video dia dan isteri meluangkan masa bersama dalam kereta yang menunjukkan Zulaikha menitiskan air mata.

Fizi juga menghadiahkan sejambak bunga buat suri hidupnya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

Fizi dan Zulaikha mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada Julai lalu.

Sebelum ini Fizi pernah berkahwin dengan pelakon, Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup mereka mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofea yang kini berusia lima tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI