fbpx

SOJC: Young Tigers perlu elak jadi ‘lauk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA perlu segera melupakan kekalahan kepada India dengan memberikan fokus kepada aksi menentang Great Britain malam ini. - RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Skuad hoki remaja kebangsaan perlu meningkatkan tahap kecergasan mereka untuk menyerlah di peringkat antarabangsa menjelang aksi keempat Piala Sultan Johor (SOJC) menentang Great Britain malam ini.

Gesaan itu dibuat ketua jurulatih Young Tigers, I. Vikneswaran selepas menyaksikan pasukannya tewas 2-4 kepada India dalam perlawanan ketiga SOJC 2024 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam.

“Walaupun ada pihak meminta kita bermain secara bertahan selepas berada di depan tetapi saya berpendapat permainan hoki perlu dimainkan sepenuhnya khususnya bagi pemain muda.

“Namun, selepas itu kita melakukan kesilapan sehingga membenarkan India mengejar dan menyamakan kedudukan sebelum akhirnya mereka menewaskan kita dengan keputusan 2-4,” katanya.

Bagaimanapun, Vikneswaran mengakui masih banyak penambahbaikan perlu dibuat bagi membolehkan skuad hoki remaja kebangsaan menyaingi negara-negara antarabangsa lain.

“Salah satu aspek yang perlu ditambah baik adalah tahap kecergasan pemain kerana kita mahu mereka dapat bermain dengan baik sepanjang perlawanan.

“Tahap kecergasan pemain sangat penting, itu yang kita khuatir jadi saya harap pemain-pemain dapat menjaga tempo mereka, saya tidak mahu kaki mereka kejang sehingga menjejaskan permainan,” jelasnya lanjut.

Malaysia kini menduduki kedudukan terakhir tanpa sebarang mata daripada enam negara pada edisi kali ini selepas tewas kesemua tiga perlawanan terdahulu, kalah 2-3 kepada New Zealand; 1-4 dibelasah Jepun dan 2-4 dibenam Great Britain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI