fbpx

‘Segala sarang labah-labah Fattah jual sekarang pun laku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharnaaz memuji populariti Fattah sekarang yang sukar ditandingi ramai.

PETALING JAYA – Tindakan pelakon Fattah Amin yang menolak bayaran komisen jualan daging kambing perap sebanyak RM90,000 mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai.

Tidak terkecuali pelakon Sharnaaz Ahmad yang turut memberi respons terhadap tindakan Fattah selain memuji populariti pelakon itu mampu melariskan jualan tanpa mengira jenis barangan tersebut.

“Kalau aku memang aku tidak infak sebab Fattah sudah selesaikan. Apa kata aku sebat (ambil) semua duit itu.

“Fattah tidak perlulah. Dia sudah banyak tawaran kerja. Segala sarang labah-labah pun dia jual laku,” komen Sharnaaz dalam Instagram.

Dalam pada itu, Shaarnaaz juga sempat berseloroh memberitahu bayaran tersebut boleh berikan kepadanya.

“Lain kali transfer (pindahkan) duit now direct . Kalau interbank, memang tiga lah. Aku bayar yuran PIBG lagi,” komen Sharnaaz lagi.

Terdahulu Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin menolak bayaran tersebut selepas dipercayai berjaya menjual hampir 10,000 set daging kambing perap selepas tiga jam bersiaran dalam TikTok.

Nama Fattah menjadi perhatian selepas bercerai talak satu dengan pelakon Nur Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada 7 Oktober lalu.

Sejak itu, ramai netizen dan rakan selebriti bersimpati dengan nasib yang menimpa Fattah malah tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI