fbpx

Sebutan kes Norjuma hina mahkamah 28 Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorjuma ketika keluar dari kamar Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. Foto SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 28 Januari 2025 untuk sebutan semula kes melibatkan usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed yang menghina mahkamah.

Penetapan tarikh itu dibuat Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mohamad Suffian Jaafar terhadap permohonan dibuat oleh Jabatan Insolvensi.

Permohonan tersebut difailkan jabatan itu kepada Mahkamah Tinggi pada 20 September lalu.

Norjuma, 44, yang telah diperintahkan bankrap didapati dengan sengaja gagal menyerahkan milikan mana-mana bahagian hartanya yang boleh dibahagi kepada pemiutangnya di bawah Akta Insolvensi 1967 yang mana pada masa itu dalam milikannya kepada Ketua Pengarah Insolvensi.

Ini tertakluk di bawah subseksyen 27 (4) Akta Insolvensi 1967 (Akta 360).

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Norjuma diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berkuat kuasa pada 21 Mac tahun lalu.

Pengisytiharan bankrap itu diputuskan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Siti Zulaikha Nordin berikutan kegagalan Norjuma selaku penghutang penghakiman melunaskan tuntutan berjumlah RM260,400 yang dibuat Fame Up Entertainment pada 2022.

Dalam pada itu, Norjuma ketika ditemui selepas prosiding tersebut memaklumkan kekeliruannya terhadap isu tersebut.

“Bila bercakap isu bankrap, Bank Negara cakap tidak dan mengesahkan tidak ada kes. Sebab akhirnya, dalam perkara-perkara berkaitan penilaian dalam laporan kredit perlu kembali kepada laporan Bank Negara.

“Kalau kita sudah jelas dengan Bank Negara serta menyatakan tiada hutang rumah dan kereta selain sebarang hutang lain. Jadi apa persoalannya?” soalnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI