fbpx

‘Saya pernah serik nak kahwin tapi jodoh Allah tentukan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baik Cat mahupun Shikin, masing-masing tidak menyangka perkahwinan kali ini membawa erti bahagia berbeza.

SHAH ALAM – Pernah kecundang beberapa kali dalam perkahwinan terdahulu membuatkan penyanyi dan komposer, Cat Farish dan isterinya, Shikin Maembong pernah berasa serik untuk berkahwin lagi.

Namun, segalanya berubah selepas mereka berdua bertemu dalam sebuah acara dan kedua-duanya saling jatuh cinta.

“Saya pernah cakap dulu pada semua orang bahawa saya sudah serik untuk berkahwin lagi. Saya tak mahu.

“Tetapi itulah kata orang ‘never say never’. Jodoh itu adalah ketentuan Allah,” kata Cat sewaktu ditemui pada sidang media Havoc Food Festival 37.0 di sini, baru-baru ini.

Pernah berkahwin dengan Cef Riz yang merupakan anak kepada cef selebriti terkenal, Datuk Cef Wan, Shikin juga pernah menutup pintu hatinya untuk lelaki.

“Perkara ini terjadi secara semula jadi. Sebelum kenal satu sama lain kami masing-masing fokus berniaga.

“Tiba-tiba terjumpa di sebuah festival makanan dan kami terus jatuh cinta. Dia seorang yang sangat ‘gentleman’. Dia terus tanya sama ada saya single.

“Saya tertarik dengannya kerana susah untuk mencari lelaki yang boleh tolong buat kerja-kerja dapur. Tetapi dia pandai dan tidak kekok. Jika dulu saya angkat tong gas seorang diri, kini ada suami yang tolong angkatkan,” jelasnya.

Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 50, berkahwin dengan Shikin atau Siti Nur Ashikin Ismail, 4, pada Julai 2023.

Cat sebelum ini pernah berkahwin sebanyak dua kali pada tahun 2007 dan 2020. Hasil perkahwinan dengan bekas isteri pertama dia dikurniakan tiga orang cahaya mata. Manakala dengan bekas isteri kedua pula tidak dikurniakan cahaya mata. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI