fbpx

Pengedar syabu diperintah bela diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, Melaka.- Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Seorang bekas penghantar surat diarahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar syabu seberat hampir 11 kilogram, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Radzi Abdul Hamid membuat ketetapan itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan terhadap tertuduh, Yee Kok Chong, 43.

“Keterangan saksi pendakwaan yang membuat tangkapan serta dapatan yang konsisten termasuk isu pemilikan beg berisi dadah yang ditemui di tempat kejadian. Tindakan tertuduh yang bertindak menolak beg dari bangku hingga jatuh di atas tanah menunjukkan dia tahu isi kandungannya.

“Selain itu, tiada sesiapa di lokasi tersebut selain tertuduh. Ini menunjukkan bahawa tertuduh mempunyai kawalan terhadap beg berkenaan. Justeru, tertuduh diarahkan untuk membela diri,” katanya.

Tertuduh didakwa mengedar dadah syabu seberat 10,898 gram di bangku kayu, persimpangan Lereh 3 dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 7.05 malam pada 14 Januari 2021.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hakim Mohd. Radzi menetapkan 9 Disember untuk bela diri selepas mendengar hujahan peguam M. Haresh dan Ramzani Idris serta Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Yusof. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI