fbpx

Peminat berbasikal 13,000 kilometer demi jumpa Cristiano Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemuda dari China bersama Ronaldo semasa pertemuan khas. - Instagram

RIYADH – Seorang peminat dari China sanggup mengayuh basikal pada jarak sejauh 13,000 kilometer untuk bertemu dengan idolanya iaitu bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, lapor saluran berita VNExpress semalam. 

Lelaki yang tidak dinamakan itu mengayuh basikal dari China ke Riyadh, Arab Saudi selama enam bulan dan 20 hari. 

Dia nekad menempuh perjalanan yang sangat jauh dengan basikal kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk membeli tiket penerbangan. 

Usaha yang menakjubkan itu membuatkan pasukan Al-Nassr FC dan Ronaldo mengatur pertemuan khas dengannya. 

“Impian saya adalah cinta sejati dan kebebasan,” tulis sepanduk dalam bahasa Cina yang dibawa peminat itu semasa pertemuan dengan Ronaldo. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI