fbpx

Pekerja sub kontraktor maut jatuh ketinggian 18 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja sub kontraktor warga asing maut selepas terjatuh dari lubang aliran udara berketinggian 18 meter di sebuah tapak pembinaan di Kepala Batas, di sini, kira-kira pukul 9.40 pagi, kelmarin.

Pejabat Pengarah JKKP Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan, mangsa merupakan pekerja am dari syarikat sub kontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja membuka ‘formwork’ pada struktur bumbung lubang aliran udara.

“Mangsa dijumpai di aras bawah bersama sekeping ‘plywood’ yang jatuh bersama mangsa dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Tambahnya, notis pemberhentian serta-merta ke atas kerja-kerja melibatkan semua struktur aliran udara pada bangunan di kawasan kejadian di tapak pembinaan tersebut telah dikeluarkan sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Kita juga telah mengarahkan majikan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan, dan membuat pembentangan kes kepada jabatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI