fbpx

Pekerja pembersihan cedera, jatuh loji kumbahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa yang terjatuh ke dalam lubang di Loji Kumbahan Indah Water Taman Benta Jaya di Lipis, hari ini.

LIPIS – Seorang pekerja pembersihan cedera selepas terjatuh ke dalam loji kumbahan pada kedalaman tiga meter di Loji Kumbahan Indah Water Taman Benta Jaya di sini hari ini.

Ketika kejadian, mangsa yang berusia 25 tahun dipercayai terpijak penutup simen yang patah sewaktu melakukan kerja penyelenggaraan sebelum terjatuh ke dalam lubang loji tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis, Haslizan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.09 pagi dan 11 anggota dari BBP Lipis ditugaskan ke lokasi tersebut.

“Anggota bomba menggunakan tali, pengusung dan tangga untuk turun dan membawa naik mangsa dari dalam lubang ke tempat yang selamat,” katanya hari ini.

Bagi memastikan keselamatan anggota penyelamat, peralatan pernafasan digunakan kerana terdapat risiko gas beracun di lokasi kejadian.

“Mangsa dikeluarkan dengan selamat dan diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI