fbpx

Pavilion negeri akan dibuka semasa Sidang Kemuncak ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad hadir Majlis Apresiasi Bersama Media Sempena MAHA 2024. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pavilion negeri seperti di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) tahun ini akan dibuka semasa Sidang Kemuncak ASEAN tahun hadapan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perkara itu diputuskan Kabinet susulan sambutan menggalakkan sempena pembukaan pavilion negeri buat kali pertama pada MAHA 2024.

“Di atas kejayaan MAHA, maka Kabinet, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan pavilion negeri hendaklah dibuka semasa persidangan Asean 2025 supaya boleh dijadikan kunjungan delegasi Asean di situ.

“Selain itu juga kemungkinan ada sektor yang lain yang perlu dibuka semasa persidangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Apresiasi Bersama Media Sempena MAHA 2024 di sini hari ini.

Mohamad berkata, perincian mengenai pavilion negeri tersebut akan dimaklumkan kemudian.

Dalam pada itu, ditanya mengenai sasaran penganjuran MAHA 2026, beliau berkata pihaknya menyasarkan seramai 3 juta pengunjung bakal menghadiri majlis tersebut.

“Tetapi dalam MAHA akan datang nanti kita mahu lebihkan MAHA Go Global untuk antarabangsa supaya barang-barang keluaran Malaysia dapat dipasarkan lagi ke peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Terdahulu, MAHA 2025melabuhkan tirainya dengan gemilang apabila melepasi sasaran seramai lima juta pengunjung direkodkan sepanjang 11 hari penganjurannya.

Pameran kali ini turut merekodkan nilai jualan langsung RM41 juta menerusi 139 Memorandum Persefahaman (MoU). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI