fbpx

PATI sembunyi di celah Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapan PATI yang ditahan dalam serbuan di lima buah perkampungan Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang kelmarin. FOTO IHSAN JIM KELANTAN

GUA MUSANG – Taktik sekumpulan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) berselindung di lima perkampungan Orang Asli terbongkar apabila diserbu imigresen Kelantan di kawasan Tanah Tinggi Lojing di sini kelmarin.

Timbalan Pengarah (Pengurusan) Imigresen Kelantan, Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, operasi pukul 2 pagi itu dapat memberkas tujuh PATI Bangladesh termasuk dua wanita dan seorang lelaki Nepal berusia antara 20 hingga 30 tahun.

“Imigresen dengan kerjasama agensi berkaitan telah memeriksa warga asing dan penduduk tempatan di sekitar perkampungan Orang Asli di Kampung Brooke Lama, Kampung Sangwai B, Kampung Sangwai C, Kampung Sendrop dan Kampung Sigar.

“Sebanyak 28 premis dan 62 orang telah diperiksa yang terdiri daripada 44 warga tempatan, Bangladesh (15), Nepal (2) dan Indonesia (1),” katanya ketika dihubungi.

Menurut Nik Akhtarulhaq, lapan PATI telah diberkas dan dibawa ke Depot Imigresen Tanah Merah dekat sini untuk siasatan lanjut.

Selain imigresen, pihak yang terlibat termasuk Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, Jabatan Pendaftaran Malaysia dan Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI