fbpx

MotoGP: Marquez hebat bukan kerana jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ berjaya membuktikan kehebatannya dengan menjuarai GP Australia pada Ahad lalu. - AFP

PHILLIP ISLAND – Pengurus pasukan Gresini Racing, Michele Masini percaya bahawa Marc Marquez akan ‘mengganas’ musim depan selepas muncul juara Grand Prix (GP) Australia di Litar Phillip Island pada Ahad lalu.

Masini mengakui Marquez adalah pelumba yang luar biasa dengan menggunakan jentera GP23, namun dia masih mampu bangkit mencipta kemenangan biarpun berdepan masalah di grid pelepasan.

Pada perlumbaan tersebut, Marquez hampir terjatuh di grid pelepasan apabila tayarnya terkena pelekat visor yang menyebabkan pelumba Sepanyol itu ketinggalan di kedudukan ketujuh.

Dengan strategi pengurusan tayar yang bijak, Marquez berjaya menyaingi pelumba Pramac, Jorge Martin yang ketika itu mendahului perlumbaan hampir keseluruhan selepas permulaan mantap.

“Apa yang dia (Marquez) lakukan dengan GP23 sangat luar biasa. Saya rasa dengan jentera pasukan utama Ducati musim depan, Marquez akan potensi untuk memenangi segala-galanya.

“Namun, apapun keputusan nanti, bagi saya, dia adalah yang terbaik kerana mampu mencipta kemenangan di sini biarpun berdepan masalah awal perlumbaan,” kata Masini.

Sebagai rekod, kejayaan tersebut merupakan kemenangan keempat Marquez musim ini bersama pasukan Gresini, termasuk kemenangan dalam perlumbaan pecut di Aragon.

Kejayaan ini membuktikan bahawa kehebatan Marquez bukan hanya disebabkan oleh jentera Honda yang direka khas untuknya sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI