PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga 5 petang ini.
Negeri berkenaan adalah Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.
Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran cuaca buruk itu melibatkan Dungun dan Kemaman di Terengganu, manakala di Pahang pula melibatkan daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Bagi Negeri Sembilan pula, amaran sama dijangka melanda daerah Jempol dan Tampin.
“Cuaca buruk juga melanda Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Sabah, dan Miri di Sarawak,” katanya. – KOSMO! ONLINE