fbpx

Lima kenderaan rosak diserang gajah liar di Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GERIK: Sekurang-kurangnya lima buah kenderaan rosak diserang sekumpulan gajah liar dalam kejadian di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik Jeli, di sini hari ini.

Kejadian sebelum Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kilometer 9 Sungai Lebey menuju ke Gerik itu bagaimana pun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Insiden itu dikatakan berlaku sekitar pukul 9 malam di mana kenderaan yang dalam perjalanan dari arah Kelantan ke Gerik berhenti di SJR berkenaan untuk memaklumkan kejadian serangan yang membabitkan puluhan gajah liar.

Sementara itu, usaha sedang dilakukan bagi mendapatkan pengesahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak berkaitan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI