fbpx

Lelaki menyamar polis curi wang pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ghiasi Arefhossein ditahan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Sadao ketika cuba melarikan diri ke Malaysia. - KhaoSod

BANGKOK – Seorang lelaki warga Iran ditahan di Thailand selepas menyamar sebagai pegawai polis untuk menggeledah beg pelancong dan mencuri wang tunai, lapor portal berita Thaiger semalam. 

Ghiasi Arefhossein, 53, ditahan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Sadao, wilayah Songkhla ketika cuba melarikan diri ke Malaysia. 

Penahanan itu dibuat selepas Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan mengeluarkan waran tangkap pada 23 September lalu. 

Polis Bang Rak berkata, suspek menyamar sebagai anggota polis bagi memudahkan pencurian, selain dia turut menyewa kereta untuk melarikan diri. 

“Pelbagai barang bukti dirampas termasuk pakaian yang dipakai semasa pencurian dan pelbagai mata wang asing dari Malaysia, Uzbekistan, Iran, Britain, Amerika Syarikat dan Thailand. 

“Barang-barang ini dirampas ketika dia cuba meninggalkan negara ini,” tambahnya. 

Penipuan itu terbongkar apabila seorang pelancong warga Pakistan, Syed Ghazanfar Abbas Kirmani, memfailkan aduan kepada Balai Polis Bang Rak pada 17 Ogos lalu. 

Dia mendakwa bahawa seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai polis telah menggeledah begnya sebelum mendapati wang tunai sebanyak 33,515 baht miliknya (RM4,600) lesap. 

“Selain menggunakan dokumen palsu untuk menyewa kereta, suspek menyamar dengan rambut palsu, topi dan topeng muka,” tambah polis Bang Rak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI