fbpx

Lelaki diserang harimau semasa cari kulit kayu manis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Residi mengalami cedera parah di bahagian kepala. - Tribunnews

JAKARTA – Seorang lelaki cedera parah selepas diserang seekor harimau ketika mencari kulit kayu manis di sebuah ladang di Indonesia, lapor saluran Berita Satu semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) di Kerinci, wilayah Jambi.  

Menurut polis, mangsa dikenali sebagai Residi, 30, bersama seorang rakannya bermalam di kawasan tersebut selepas mencari hasil hutan. 

“Tidak lama kemudian, khemah mereka diserang oleh seekor harimau Sumatera sehingga terkena pada bahagian kepala mangsa,” kata polis. 

Gambar yang tular di media sosial menunjukkan luka dan darah yang memancut keluar dari kepala Residi. 

“Mangsa segera dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI