fbpx

Komisen RM90,000 Fattah Amin jual kambing perap bakal diserah kepada masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fattah menyerahkan kesemua komisen yang diterimanya hasil jualan kambing perap kepada golongan memerlukan.

PETALING JAYA – Keseluruhan komisen pelakon sensasi, Fattah Amin yang dianggarkan berjumlah RM90,000 hasil jualan kambing perap bakal diserahkan kepada beberapa masjid sebelum ia disalurkan buat golongan memerlukan.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh jenama kambing perap tersebut di TikTok yang turut berkongsi gambar ketika pihaknya sedang menyiapkan senarai masjid terpilih untuk program infak Fattah Amin.

“Hari 1: Infak Fattah Amin. Senarai masjid untuk infak Fattah Amin telah dikeluarkan.

“Sejak dari semalam, berderu panggilan telefon masuk dan DM (mesej peribadi) dari orang ramai minta pertolongan.

“Kami berbincang ambil langkah beri kepada masjid dan masjid akan edar buat golongan asnaf dan ibu tunggal mengikut kariah,” jelasnya.

Pada masa sama, jenama kambing perap tersebut menegaskan pihaknya akan menyerahkan kesemua nilai komisen diperoleh pelakon filem Pendekar Awang itu bagi tujuan sedekah seperti mana yang telah dipertanggungjawabkan.

“Duit komisen tak masuk satu sen dalam poket Pak Mat ya. Yang komen, memang nak kena cili mulut,” tegasnya.

Semalam, Fattah mengambil keputusan untuk sedekahkan komisen jualan kambing perap yang dijual di TikTok kepada golongan yang memerlukan.

Sebelum ini, jenama tempatan itu mendedahkan beberapa tangkap layar perbualan di antara pihaknya dengan Fattah menerusi aplikasi Whatsapp.

“Alhamdulillah, terima kasih boss. Cuma, komisen itu nak minta tolong ‘team’ Pak Mat uruskan boleh? Infak kepada orang yang perlukan,” kata Fattah ringkas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI