fbpx

Kelayakan Piala Asia B-17: Skuad negara gagal lakar kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peluang skuad B-16 negara untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia B-17 semakin tipis selepas tewas kepada UAE. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Skuad bawah 16 (B-16) negara gagal melakar kejutan selepas tewas 0-2 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi Kumpulan H saingan kelayakan Piala Asia B-17 2025 sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Nasional Laos, Vientienne itu, pasukan remaja Harimau Malaya terpaksa akur dengan kekuatan negara pilihan daripada Asia Barat yang mendominasi sebahagian besar perlawanan.

UAE tidak mempunyai masalah untuk mengasak kubu skuad kendalian Javier Jorda Ribera apabila berjaya mendahului saingan menerusi ledakan Mayed Adel Khamis seawal minit ke-9.

Kealpaan benteng pertahanan negara terus dihukum dengan gol kedua sumbangan Mohamed Buti Almarar menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan babak pertama.

Skuad negara akan mengharungi perlawanan seterusnya menentang tuan rumah, Laos di venue yang sama pada Ahad ini.

Selain Arab Saudi yang menjadi tuan rumah Piala Asia B-17 2025, 10 juara kumpulan saingan kelayakan dan lima naib juara terbaik akan layak secara automatik ke pusingan akhir nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI