fbpx

Karnival Muhibbah 2024 di Bangi Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster Karnival Muhibbah 2024.

PETALING JAYA – Muslimat Alam Sari mengajak orang ramai memeriahkan Karnival Muhibbah 2024 dari pukul 8.30 pagi hingga 1 petang di Surau Al-Amin, Alam Sari, Bangi pada Sabtu ini.

Menurut jurucakap majlis, karnival ini diadakan bagi merapatkan hubungan silaturahim dalam komuniti serta menyediakan platform untuk semua peringkat umur menikmati pelbagai aktiviti yang menyeronokkan termasuklah untuk kanak-kanak, seperti Mini Petting Zoo, Face Painting, serta aktiviti kreatif seperti Sand Arts dan Bubble Play.

“Pengunjung boleh menikmati makanan dari 20 gerai serta membeli-belah di jualan but kereta. Selain itu, pemeriksaan kesihatan percuma, termasuk saringan glukosa dan kanser serviks, turut disediakan,” katanya.

Sementara itu, bagi remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru, bengkel pembuatan sabun menggunakan minyak masak terpakai juga akan diadakan.

Selain keseronokkan, pengunjung juga boleh sertai sesi Bicara Fiqh Darah Wanita yang memberi pendedahan tentang isu-isu hukum wanita, serta pameran informasi interaktif turut disediakan bagi memperluas pengetahuan pengunjung.

Masuk adalah percuma dan semua dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan Karnival Muhibbah 2024. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI