fbpx

Johan Ghazali ‘terima padah’ selepas beri nombor akaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johan Ghazali

PETALING JAYA – Atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo menerima padah apabila tanpa sengaja berkongsikan nombor akaun peribadi miliknya di laman sosial baru-baru ini.

Melalui satu hantaran di Instastory beliau menjelaskan, kejadian tersebut berlaku selepas dia secara tidak sengaja berkongsikan nombor akaun CIMB miliknya dalam satu mesej seorang ‘mummy’ yang menawarkan wang berjumlah RM200,000 kepadanya.

Dia secara bergurau telah memberikan maklumat nombor akaun bank peribadinya dan menjadi tontonan umum terutama peminat yang mengikutinya di Instagram.

Selepas perkongsian nombor akaun bank tersebut, orang ramai serta peminatnya mula memindahkan sejumlah wang kepada Johan.

Paling melucukan apabila ada juga orang ramai yang memindahkan wang serendah 1 sen dan paling tinggi adalah daripada pemberian seorang lelaki berjumlah RM345.67 kepada Jojo.

Tidak mahu perkara tersebut berterusan, Jojo kemudiannya meminta orang ramai agar tidak memindahkan lagi wang mereka kepadanya.

“Aku nak duit ‘sugar mummy’ je. Aku tak mahu duit anda.

“Terima kasih, anda ni pelik-pelik la. Ya Allah sudahlah, pergi bagi duit tu dekat orang lain,” tulis Jojo. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI