fbpx

Ikan bandaraya buat ‘kondominium’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
:Ikan keli sirip layar jenis invasif dilepaskan ke sungai di negeri Florida. - Instagram

TALLAHASSEE, FLORIDA – Pegawai hidupan liar Florida menyatakan bahawa lubang-lubang  misteri yang muncul di sepanjang tebing sungai di negeri itu dikenal pasti berpunca daripada perbuatan spesies ikan invasif, lapor agensi berita United Press International.

Institut Penyelidikan Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida berkata, lubang tersebut menjadi pemandangan biasa di tebing sungai negeri itu.

Ahli-ahli  biologi menggelar  lubang itu sebagai ‘kondominium catfish’ untuk ikan keli sirip layar berperisai invasif, yang juga dikenali sebagai plecos.

“Lubang itu berfungsi sebagai tapak ia bersarang, di mana ikan keli melindungi telur dan anaknya,” kata agensi tersebut dalam kenyataan di laman sosial.

“Bagaimanapun, tingkah laku penggalian ini boleh menyebabkan masalah bagi ekosistem air tawar Florida kerana ia menjejaskan kestabilan tebing dan menyumbang kepada hakisan serta peningkatan kekeruhan di dalam air,” tambahnya.

Ujar institut penyelidikan itu lagi, isu tersebut harus menjadi peringatan tentang bahaya melepaskan spesies bukan asli.

“Walaupun ia mungkin kelihatan tidak berbahaya, namun melepaskan haiwan peliharaan boleh membawa akibat yang serius kepada alam sekitar dan hidupan liar yang bergantung pada habitat ini,” tulis pegawai. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI