PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di Sabah dan Labuan sehingga Jumaat ini.
MetMalaysia menerusi sebuah kenyataan berkata, di Sabah, kawasan yang terlibat adalah di Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat.
Di Labuan pula, hujan lebat berterusan dijangka berlaku di seluruh kawasan.
Amaran hujan berterusan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – KOSMO! ONLINE