fbpx

Hoki SOJC: Harapan Malaysia naik podium musnah, kalah 1-2 ke atas Great Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Young Tigers, Andywalfian Jeffrynus diasak pemain Great Britain, Alex Chihota pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor di Stadium Johor, Taman Daya, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJ JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Pasukan hoki remaja kebangsaan terus dirundum malang apabila merekodkan empat kekalahan berturut-turut apabila tewas 1-2 di tangan Great Britain dalam aksi Kejohanan Hoki Antarabangsa bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) 2024 di Stadium Hoki Johor, di sini, malam ini.

Keputusan itu meranapkan harapan peluang skuad kendalian I. Vikneswaran untuk sekurangnya menamatkan saingan SOJC edisi ke-12 dalam kedudukan podium.

Skuad hoki remaja kebangsaan yang gagal mengutip sebarang mata dan hanya tinggal satu perlawanan dalam tangan hanya akan bermain untuk perlawanan penentuan kedudukan kelima dan keenam, Sabtu ini.

Pasukan kendalian Jon Bleby mempunyai dua peluang keemasan untuk berada di hadapan namun sentuhan penyudah yang kurang tajam Monty Neave menyaksikan tiada gol berjaya dihasilkan.

Pada penghujung suku pertama, gawang remaja kebangsaan akhirnya bocor setelah pasukan lawan dihadiahkan penalti, Kaden Dreysey tidak berdepan tugas sukar meletakkan bola ke dalam gawang melepasi penjaga gol, Mohamad Rafaizul Mohamad Saini.

Bersambung suku kedua, Young Tigers tidak menunggu lama untuk memperoleh gol penyamaan menerusi Che Nur Aqilrullah Che Mohd. Khairulzi Anwar hasil gol padang menewaskan penjaga gol, Calum Douglas pada minit ke-17.

Pada minit ke-53, Neave muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan Great Britain apabila pukulan deras yang dilakukan melepasi kawalan Mohamad Rafaizul.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI