fbpx

GISBH: 55 kanak-kanak diserah kepada ahli keluarga terdekat – Nancy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy pada sidang akhbar selepas merasmikan National Conference on Ageing 2024 (NCA2024) di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Seramai 55 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) telah diserahkan kepada ahli keluarga terdekat, setakat hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, proses penyerahan kanak-kanak tersebut dibuat mengikut perintah dikeluarkan mahkamah iaitu kepada ahli keluarga yang sesuai dan layak.

Menurutnya, 55 kanak-kanak yang diserahkan di bawah Akta Kanak-Kanak itu adalah merupakan sebahagian daripada 560 kanak-kanak yang ditempatkan di pusat perlindungan.

“Sekali lagi kita perlu lakukan berdasarkan perintah mahkamah (kerana) kita ambil anak itu pun melalui prosedur mahkamah. Mahkamah perlu beri kebenaran untuk kita lindungi, selepas itu untuk mengeluarkannya juga kena mohon dengan mahkamah,” katanya.

Nancy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan National Conference on Ageing 2024 (NCA2024) anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing) dengan kerjasama Dana Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pasangan suami isteri dipercayai sukarelawan di rumah amal kendalian GISBH yang merayu empat anak mereka dikembalikan, Nancy menjelaskan, kes tersebut telah selesai dan kanak-kanak terlibat diserahkan kepada ahli keluarga pasangan berkenaan.

Pada 13 Oktober lalu, media melaporkan suami isteri yang juga sukarelawan rumah amal kendalian GISBH yang diserbu pihak berkuasa dekat Sepang, merayu empat anak mereka yang masih dalam jagaan JKM dikembalikan segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI