fbpx

F1: Perez dapat layanan kelas kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEREZ berharap dapat menunjukkan prestasi sebenarnya pada GP Mexico hujung minggu ini. - AFP

AUSTIN – Pelumba Red Bull, Sergio Perez mendakwa dia menggunakan pakej yang berbeza berbanding rakan sepasukannya, Max Verstappen sepanjang perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Pelumba Mexico tersebut dalam keadaan tertekan terutama untuk mengekalkan tempatnya bersama Red Bull pada musim depan apabila sekali lagi bergelut dengan prestasi hambar.

Dalam sesi perlumbaan pecut, Perez hanya mampu mencatat tempat kesembilan sebelum mengakhiri tempat ketujuh pada perlumbaan sebenar sementara Verstappen menamatkan saingan di podium tempat ketiga.

Selepas tamat perlumbaan, Perez mendedahkan dia tidak diberikan pakej baharu RB20 yang dinaik taraf seperti diberikan kepada Verstappen.

“Kami tidak menggunakan pakej yang sama tetapi saya tidak pasti sejauh mana perbezaannya. Apa yang boleh saya katakan ialah kami terlalu jauh ketinggalan.

“Saya akui ia adalah hujung minggu yang sukar. Kami membuat beberapa penambahbaikan pada pelarasan jentera ini, namun kelajuan masih tidak memuaskan. Kami perlu menganalisis dengan lebih mendalam mengenai pelarasan baharu ini,” tambahnya.

Perez bagaimanapun mengakui tidak pasti sama ada dia akan menggunakan pakej baharu untuk perlumbaan di tempat sendiri pada GP Mexico hujung minggu ini.

Ketika ini, Perez ketinggalan 204 mata di belakang Verstappen dalam carta kejuaraan dan prestasi hambar dipamerkannya menjejaskan kutipan mata Red Bull dalam kedudukan kejuaraan pengeluar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI