fbpx

EPL: Pemain United tak sabar Ten Hag dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE bakal mengakhiri kontrak hujung musim ini dan masih belum ada rundingan perjanjian baharu dilakukan setakat ini. - AFP

MANCHESTER – Salah seorang pemain Manchester United dilaporkan tidak sabar untuk melihat pengendali pasukan itu, Erik Ten Hag dipecat sebelum membuat keputusan mengenai masa depannya.

The Red Devils melalui satu lagi permulaan musim yang sukar di bawah kendalian Ten Hag apabila menghuni kedudukan ke-11 saingan Liga Pardana Inggeris apabila hanya meraih tiga kemenangan dalam lapan perlawanan dilalui.

Bagaimanapun, mereka berjaya menamatkan badi lima perlawanan tanpa kemenangan ketika bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Brentford pada aksi di Old Trafford pada Sabtu lalu.

Laporan menyebut, pemain pertahanan yang juga bekas ketua pasukan itu, Harry Maguire mahu melihat nasib yang bakal dihadapi Ten Hag terlebih dahulu sama ada kekal atau di pecat sebelum dia memikirkan mengenai masa depannya.

“Pemain bek tengah itu sedang menilai mengenai peluangnya sama ada ia lebih besar atau sebaliknya di bawah kendalian pengurus baharu nanti jika Ten Hag dipecat.

“Maguire akan mengakhiri kontraknya pada hujung musim ini dan tidak ada rundingan mengenai perjanjian baharu dilakukan setakat ini. Ten Hag dilapor sedang berusaha untuk menjual Maguire, namun pemain itu mungkin masih ada peluang untuk kekal jika pengurus itu terlebih dahulu dipecat,” katanya.

Setakat musim ini, pemain kebangsaan England sudah membuat sembilan penampilan dalam semua kejohanan dan meledak satu gol ketika aksi Liga Europa pada aksi FC Porto. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI