fbpx

‘Dulu kerja pramugari saya tak liar, tak pergi kelab malam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sherry mendedahkan mendedahkan dia merindui kehidupannya sebagai pramugari walaupun bukanlah sejenis suka bersosial.

PETALING JAYA – Pelakon Sherry Ibrahim mendedahkan dia merindui kehidupannya sebagai pramugari walaupun dia bukanlah sejenis suka bersosial.

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 41, berkongsi pengalamannya sebagai pramugari menerusi sesi siaran langsung dalam akaun mesia sosialnya.

“Saya suka kehidupan saya yang dulu sebagai pramugari. Saya boleh buat apa sahaja yang saya mahukan.

“Tetapi saya sejenis tak liar. Saya tak pergi ke kelab. Saya tak buat benda-benda terlarang.

“Saya memang innocent. Kalau seminggu di Paris saya akan pergi shopping, balik hotel tidur atau tengok TV. Kadang-kadang makan bersama kru yang lain sebab kami bawa bekal,” katanya.

Tambahnya, dia tidak pernah merasai pengalaman bercinta seperti orang lain sejak menjadi artis.

“Saya tak pernah nak keluar bercinta atau pegang-pegang tangan daripada dulu tak pernah rasa benda-benda macam tu sejak jadi artis,” kongsinya.

Sebelum ini, pelakon yang mula mencipta nama dalam bidang seni sejak membintangi drama Teduhan Kasih itu pernah berkhidmat di awan biru sebagai pramugari sejak tamat pengajian di bangku sekolah.

Baru-baru ini, nama Sherry kembali menjadi bualan ramai selepas dia berkongsi ucapan buat bekas teman lelakinya, Fattah Amin beberapa jam selepas pelakon itu bercerai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI