fbpx

‘Dia seorang yang kuat’ – Ella mahu Aina Abdul tidak patah semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ella sangat mengagumi bakat nyanyian Aina Abdul yang kini merupakan penyanyi paling berjaya di Malaysia. – AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Pernah menjadi ‘guru’ kepada penyanyi Aina Abdul, ratu rock negara Ella mengharapkan bekas anak didiknya itu tidak mudah patah semangat dengan kritikan dan kecaman untuk bertahan lama dalam industri hiburan.

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 58, turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Aina yang dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ke-36 (ABP36) baru-baru ini.

“Tentulah saya berasa bangga dengan pencapaian dia itu. Dia juga banyak mencuba pelbagai perkara baharu dalam nyanyian.

“Bagi saya, dia seorang yang kuat dalam berdepan dengan kritikan. Biar apa pun khalayak kata, dia tetap terus berikan hasil yang terbaik.

“Sekarang buktinya biarkan dikritik, tetapi dia telah berjaya membuka mata khalayak bahawa dia penyanyi yang baik,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ella ditemui semalam dalam majlis pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) atas kejayaan Skyhill Clinic terletqk di Denai Alam, Shah Alam sebagai klinik paling banyak melakukan pemeriksaan hormon di Malaysia.

Mengulas lanjut, jadual kerja yang sibuk bagaimanapun tidak membataskan Ella untuk mengikuti perkembangan kerjaya penyanyi berusia 30 tahun itu.

“Saya agak sibuk, tetapi apabila berpeluang saya mengikuti perjalanan kerjaya nyanyian dia dalam media sosial.

“Walau apa pun saya mendoakan yang terbaik buat Aina. Begitu juga penyanyi muda lain seperti Ernie Zakri agar terus maju ke hadapan,” katanya.

Terdahulu timbul dakwaan mengenai Aina dikatakan tidak layak untuk digelarkan sebagai Bintang Paling Popular.

Sebelum ini Ella pernah bertindak sebagai mentor kepada Aina dalam program realiti nyanyian, Mentor Legend pada 2014 sekali gus dinobatkan sebagai naib juara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI