fbpx

Dewan Rakyat: Teknologi AI dapat kurangkan rasuah – Azalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan penggunaan teknologi kecederaan buatan (AI) membantu mengurangkan amalan rasuah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, AI bermakna penggunaan sistem berkomputer yang mengurangkan unsur budi bicara.

“Hari ini dengan adanya AI secara tidak langsung, suka tidak suka, rasuah dapat dikurangkan sebab sistem itu lebih berkomputer.

“Tidak adanya masalah individu di belakang tabir yang membuat keputusan yang mempunyai kebolehan untuk dibuka untuk rasuah,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai usaha kerajaan untuk memastikan rakyat memahami dan menyokong reformasi insitusi yang sedang dijalankan.

Terdahulu, Azalina menerangkan, undang-undang bukan penyelesaian kepada semua masalah, tetapi undang-undang yang ada dalam negara mesti berubah mengikut peredaran zaman.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2025 malah turut menyebut tentang AI.

Justeru, katanya, teknologi merupakan satu cara ke hadapan supaya reformasi institusi dengan undang-undang dan teknologi baharu dapat membawa perubahan kepada negara.

“Supaya negara kita boleh lihat pengurangan kepada keputusan budi bicara yang boleh menggalakkan rasuah yang boleh dibuat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI