fbpx

DBKL roboh enam struktur haram di Lembah Pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DBKL merobohkan enam unit struktur haram dalam Operasi Bersepadu. Foto oleh DBKL

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan sebanyak enam unit struktur haram di kawasan Kolam Tadahan Banjir, Jalan Klang Lama, di sini.

DBKL menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Operasi Bersepadu dilaksanakan melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Integriti dan Pejabat Cawangan Lembah Pantai.

“Hasil daripada operasi yang dijalankan, sebanyak enam unit struktur binaan yang dibina tanpa kelulusan telah dirobohkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Kesemua sisa struktur telah dilupuskan oleh DBKL selepas tamat operasi yang dijalankan,” ujarnya.

Beberapa agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia, Syarikat Bekalan Air Selangor serta Jabatan Pengairan dan Saliran turut terlibat dalam operasi terbabit.

“DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan https://adukl.dbkl.gov.my/,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI