fbpx

Budak 2 tahun nyaris kena culik ‘tukang cuci’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar suspek ditangkap penduduk sekitar tempat pembuangan sampah sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

SUNGAI BULOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun nyaris diculik lelaki warga Nepal yang menyamar tukang cuci ketika berada di rumahnya di Kampung Buaya Raya Kuang, Rawang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Mohd Nor berkata, lelaki asing itu gagal berbuat demikian selepas jiran mangsa iaitu wanita tempatan berusia 47 tahun tendengar jeritan meminta tolong pada pukul 12.40 tengah hari.

“Wanita itu memaklumkan dia terdengar jeritan jirannya meminta tolong dan berutahu ada seseorang mahu mengambil anaknya.

“Dia pergi ke rumah jirannya itu sebelum melihat suspek cuba melarikan diri. Dia bersama penduduk yang lain mengejar suspek sebelum berjaya menahan lelaki itu berdekatan kawasan pembuangan sampah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketika kejadian, kanak-kanak lelaki itu berada di ruang tamu sebelum didatangi suspek yang memperkenalkan diri sebagai tukang cuci.

Menurut beliau, suspek yang ditahan kemudian diserahkan kepada pihak polis dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Polis menasihati orang ramai agar tidak melakukan apa-apa tindakan yang menyalahi undang–undang.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Azammudin Mohd. Razib di talian 016-5661597 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI