fbpx

Anak pura-pura diculik, minta wang tebusan daripada bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ngo Thi Bich Tram (tengah) bersama dua rakan sejenayah yang ditahan di balai polis. - Phuoc Thanh

HANOI – Seorang wanita di wilayah Dong Thap, Vietnam ditahan selepas berpura-pura diculik oleh kumpulan samseng untuk menuntut wang tebusan daripada bapanya, lapor saluran berita VNExpress semalam. 

Ngo Thi Bich Tram, 33, ditahan pada Jumaat lalu bersama dua rakan komplot, Tran Minh Trung, 27 dan Nguyen Van Nha, 32. 

Mereka meminta wang tebusan sebanyak sebanyak 5 bilion dong (RM850,000) daripada bapa Ngo.

Menurut pihak berkuasa, siasatan awal mendapati suspek telah berulang kali meminjam wang daripada Tran dan Nguyen.

“Dalam usaha untuk membayar hutang dan mendapatkan wang tambahan, suspek berpura-pura diculik sebelum menghubungi bapanya untuk meminta bantuan. 

“Gara-gara bimbang akan keselamatan anak perempuannya, lelaki tersebut melaporkan kejadian itu kepada polis,” tambahnya. 

Ngo mengakui bahawa dia pernah menipu bapanya dengan meminta wang sekitar 500 juta dong (RM85,000) dalam situasi serupa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI