fbpx

10 negeri AS catat jangkitan E. coli makan burger ‘fast food’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Burger Quarter Pounder. - CDC

WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran keselamatan makanan semalam mengenai jangkitan E. coli yang dikaitkan dengan burger ‘Quater Pounder’ keluaran rangkaian restoran makanan segera McDonald’s, lapor saluran berita CNN.

Sekurang-kurangnya 49 kes dilaporkan di 10 buah negeri termasuk satu kematian melibatkan warga emas.

Seramai 10 orang dimasukkan ke hospital termasuk seorang kanak-kanak yang mengalami sindrom uremic hemolitik. Ia merupakan komplikasi serius yang boleh berkembang daripada jangkitan E. coli. 

Kebanyakan pesakit berada di negeri Colorado dan Nebraska.

Menurut CDC, kebanyakan pesakit dilaporkan makan menu burger popular, Quarter Pounder.

Agensi itu menyatakan bahawa maklumat yang disemak oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS menunjukkan, bawang yang digunakan berkemungkinan menjadi punca.

Menurut CDC, McDonald’s telah berhenti menggunakan bawang dan daging lembu dalam burger itu di beberapa buah negeri ketika siasatan masih diteruskan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI