fbpx

Warga asing lari tempiaran, terjun sungai elak dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada warga asing yang ditahan dalam Ops Kutip di tapak perumahan di Kluang, semalam.

JOHOR BAHRU – Warga asing sanggup terjun ke dalam sungai dan lari bertempiaran ketika diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam Ops Kutip di sebuah tapak projek perumahan di Kluang, Jumaat lalu.

Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, dalam operasi itu, seramai 85 warga asing dan tempatan diperiksa.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 43 warga asing dan seorang majikan warga tempatan ditahan dalam operasi Ops Kutip tersebut.

“Dalam operasi ini, terdapat cubaan melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai serta lari bertempiaran meninggalkan lokasi pemeriksaan, namun tindakan cekap pegawai Imigresen berjaya memberkas semula mereka.

“Mereka yang ditahan adalah 34 lelaki warga Bangladesh, empat wanita dan lima lelaki warga Indonesia berusia antara 21 hingga 49 tahun,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, Mohd. Rusdi berkata, pihaknya menahan enam warga asing dalam Ops Sapu yang diadakan di tiga rumah inap di Mersing pada Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI