fbpx

Wanita berniqab buat onar di stesen minyak didenda RM5,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elyna selepas prosiding pertuduhan di Mahkamah Majistret Sungai Besar hari ini

SABAK BERNAM – Perbuatan wanita berniqab yang tular membuat kecoh di sebuah stesen minyak minggu lalu membawa padah apabila didenda keseluruhan RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Sungai Besar hari ini.

Majistret Siti Hajar Ali menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Elyna Muhamad, 42, mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Suri rumah itu didakwa melakukan ugutan jenayah bagi mendatangkan kegentaran terhadap penyelia stesen minyak yang berusia 24 tahun seterusnya melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ibu kepada lima anak juga dituduh berkelakuan aib di tempat awam dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk menganggu ketenteraman dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100 mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di sebuah stesen minyak di Pusat Perdagangan Hillpark, Puncak Alam kira-kira pukul 7.50 malam pada 17 Oktober lalu.

Elyna juga didakwa berkelakuan tidak senonoh di Balai Polis Saujana Utama kira-kira pukul 1.45 pagi pada 19 Oktober lalu mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya sekali.

Secara pecahannya, tertuduh didenda sebanyak RM5,000 atas pertuduhan mendatangkan kegentaran manakala RM100 untuk berkelakuan aib sementara tidak senonoh sebanyak RM400.

Terdahulu, Peguam Shah Wira Abdul Halim dalam mitigasinya memohon agar anak guamnya sekadar dikenakan denda ekoran tertuduh hanya seorang suri rumah yang perlu menjaga keluarga termasuk lima orang anaknya.

Jelasnya, semasa kejadian tertuduh seorang diri ke stesen minyak tersebut untuk membeli makanan dan meletakkan keretanya di lokasi tersebut buat sementara waktu.

“Bagaimanapun disebabkan salah faham, dia (tertuduh) gagal mengalihkan keretanya selain kehadiran beberapa pemuda dan seorang wanita yang melakukan sedikit provokasi terhadapnya,” ujarnya.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan orang awam agar tidak mengulangi kesalahan sama.

Kosmo! pada 19 Oktober lalu melaporkan seorang wanita yang membuat kecoh selepas enggan mengalihkan kenderaan miliknya di sebuah stesen minyak, Hillpark Saujana Utama, di sini, telah ditahan polis, hari ini.

Tangkapan pada pukul 3.40 pagi tadi dibuat ketika suspek berada di Balai Polis Saujana Utama, di sini. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI