fbpx

[VIDEO] ‘Rosak’ sudah Fattah Amin siap pandai ‘ketayki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fattah Amin.

PETALING JAYA – Video terbaharu pelakon popular Fattah Amin sekali lagi menjadi bualan ramai apabila gelagatnya meniru gaya usahawan terkenal Thailand, Aon Samrutai menerusi ‘trend’ TikTok, Thank You Ketayki tular di media sosial.

Fattah muncul dalam sebuah video mempromosikan produk suplemen kesihatan dengan dialog “Thank you ketayki koi…koi…koi…” ternyata mendapat pujian dan rata-ratanya menyifatkan pelakon filem Pendekar Awang itu semakin kelakar.

“Makin gila Fattah Amin ini,” seloroh Latifahmunjiat.

“Sah abang Fattah dah rosak. Trend Thailand pun dia dah pandai buat, lepas ini apa pula. Kami #teamFattah setia menunggu video abang Fattah,” ujar Miss_What.

“Makin menjadi-jadi pula dia ni. Duda terhangat, geram pula tengok gelagat macam ini,” kata Shahidah.

“Betul masuk air lepas jadi solo. Esok-esok Fattah masuk Maharaja Lawak Mega pula,” komen Azhan.

Sementara itu, ada juga yang menganggap rezeki Fattah semakin bertambah selepas kontroversi rumah tangganya dengan bekas isteri, Nur Fazura menemui titik noktah awal bulan lalu apabila sering menjadi ‘palaris’ pelbagai syarikat dalam mempromosikan produk.

Sebelum ini, Fattah mencipta fenomena di TikTok apabila sesi siaran langsungnya memperoleh 44 juta tanda suka dan lebih 100,000 tontonan.

Fattah yang diberi gelaran ‘Duda Hot’ kini memiliki pengikut di TikTok seramai 680,800 orang iaitu meningkat lebih 150,000 orang dalam masa tiga minggu. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FattahAminTeam (@thefa_team)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI