fbpx

[VIDEO] Pemandu kereta merah langgar lari motosikal diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular sebuah kereta melarikan diri selepas melanggar motosikal di di Lebuh Raya Sungai Besi menghala The Mines, Seri Kembangan, Kuala Lumpur, 11 Oktober lalu.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang melanggar lari seorang penunggang motosikal di Lebuh Raya Sungai Besi menghala The Mines, Seri Kembangan, di sini, 11 Oktober lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya terkesan video tular kemalangan melibatkan dua buah kenderaan itu pada pukul 7.07 petang, semalam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 11 Oktober sekitar pukul 2.34 petang. Kejadian berlaku ketika motosikal tersebut menghala ke susur masuk Lebuh Raya Sungai Besi.

“Dalam masa yang sama, sebuah kenderaan jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti datang dari arah Terminal Bersepadu Selatan (TBS) telah melanggar penunggang motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, selepas kemalangan, pemandu kenderaan tersebut tidak memberhentikan kenderaannya dan bertindak melarikan diri.

Tambah Mohd Zamzury, penunggang motosikal yang merupakan seorang lelaki, berusia 40 tahun telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM untuk rawatan lanjut.

“JSPT KL masih mengesan kenderaan yang terlibat dan menggesa agar pemandu kenderaan serta pemilik kamera papan pemuka (dash cam) yang merakam kemalangan tersebut tampil hadir ke Balai Trafik Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Zuhairi di talian 017-9732731 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI