fbpx

[VIDEO] Kereta rempuh motosikal gara-gara ‘lower arm’ patah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut.

PETALING JAYA – Sebuah kereta tiba-tiba hilang kawalan selepas lengan kawalan bawah (lower arm) kiri kenderaan tersebut patah ketika dalam perjalanan menuju ke Puchong.

Menerusi perkongsian video oleh Reels Dashcam Malaysia di Facebook, kereta tersebut dilihat hilang kawalan lalu merempuh sebuah motosikal yang sedang bergerak di sebelah.

Susulan kejadian itu, ruangan komen di media sosial dipenuhi dengan nasihat daripada netizen mengenai kepentingan penyelenggaraan kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

“Lengan kawalan bawah patah. Yang boleh kongsi, kita kongsi untuk tidak timbulkan syak wasangka dan tuduh-menuduh,” ujar Muhammad Hairie.

“Lengan kawalan bawah patah atau skru tertanggal. Rajinkan diri untuk periksa kenderaan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Bahaya pada diri sendiri dan orang lain,” tambah Muhammad Abdul Latif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI