fbpx

UCL: Dortmund tak sabar rentap ego Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUIRASSY (kiri) menjadi pertaruhan Sahin (kanan) untuk merobek gawang Real di Madrid awal pagi esok. - AFP

DORTMUND – Borussia Dortmund tidak berada dalam keadaan terbaik disebabkan prestasi tidak menentu sejak kebelakangan ini menjelang aksi getir menentang Real Madrid untuk aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Santiago Bernabeu awal pagi esok,

Naib juara UCL musim lalu itu terpaksa mengharapkan jaringan lewat permainan daripada Serhou Guirassy untuk menewaskan St. Pauli 2-1 dalam aksi Bundesliga di Signal Iduna Park pada Sabtu lalu.

Meskipun menang tetapi prestasi dipamerkan masih tidak meyakinkan sejak mereka tewas mengejut 1-3 kepada Union Berlin awal bulan ini yang kini menyaksikan Dortmund di tangga kelapan Bundesliga selepas tujuh perlawanan.

Pengendalinya, Nuri Sahin juga berdepan kritikan hebat terutamanya selepas mereka dibelasah 1-5 oleh VfB Stuttgart bulan lalu.

Kini, Sahin berpeluang menebusnya dengan menewaskan Real, bekas kelabnya dari 2011 hingga 2014 ketika era sebagai pemain yang mana beliau hanya membuat empat penampilan sebelum dipinjamkan ke Liverpool dan Dortmund.

“Saya anggap ini adalah perlawanan istimewa, apatah lagi ia ibarat ulangan final menentang Real musim lalu yang mana ketika itu saya sebagai penolong jurulatih (kepada Edin Terzic).

“Real lebih tertekan sebenarnya tetapi kami sudah bersedia untuk mengharungi cabaran ini. Liga Juara-Juara Eropah sentiasa memberikan anda pemikiran positif.

“Sekarang terpulang kepada kami untuk melakukannya dan saya percaya ia tidak mustahil. Saya harap kami dapat membawa pulang keputusan positif dari Madrid,” kata bekas kapten skuad antarabangsa Turkiye itu.

Begitupun, Sahin tidak dapat membariskan skuad terkuat menentang Real Madrid apabila kehilangan ramai pemain disebabkan kecederaan seperti Karim Adeyemi, Julien Duranville, Giovanni Reyna dan Yan Couto.

Selain mengharapkan ketajaman Guirassy, Dortmund juga perlu bergantung kepada penjaga gol berpengalamannya, Gregor Kobel untuk memastikan gawang tidak dibolosi jentera serangan Real. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI