fbpx

Tekong, lapan PATI berhimpit dalam kereta dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membawa lapan PATI di Titi Tinggi, Padang Besar awal pagi semalam.

PADANG BESAR – Polis menahan seorang tekong warga tempatan bersama lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang berhimpit di dalam sebuah kereta di Titi Tinggi, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, dua anggota kereta peronda (MPV) Khas Kaki Bukit mengesan kereta jenis Proton Saga BLM berwarna perak dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki warga tempatan disyaki bertindak sebagai tekong serta lapan PATI di dalam kereta tersebut.

“Semua PATI gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah untuk memasuki Malaysia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya turut menemui satu peket plastik lut sinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 0.45 gram di dalam beg silang milik tekong.

“Hasil siasatan mendapati lelaki tempatan berusia 24 tahun itu mengaku menerima arahan daripada seorang ejen tempatan untuk membawa semua PATI dari sebuah ladang kenaf di Padang Besar.

“Kesemua PATI berusia antara 20 hingga 38 tahun itu dipercayai memasuki Malaysia melalui jalan tikus di pagar sempadan Malaysia-Thailand dengan tujuan bekerja di negeri jiran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI